Sunday, 20 September 2015

6 Syarat Menuntut Ilmu

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Pada perkongsian yang pertama ini, saya ingin berkongsi ilmu tentang syarat-syarat menuntut ilmu. Saya mendapat tahu tentang ini ketika seminar motivasi di sekolah tempoh hari.

  Nasihat ini dikatakan dari Sayyidina Ali r.a.. Beliau berkata terdapat enam syarat untuk menjadi orang yang berilmu iaitu seperti berikut:

   1. Zakain
   2. Hirshin
   3. Ishtibarin
   4. Bulghotin
   5. Irsyadi Ustadzin
   6. Thuli Zamani

  Yang pertama, zakain bererti cerdik. Ramai orang akan berkata "Aku perlukan ilmu untuk cerdik tapi hat ni dia kata kena cerdik dulu baru boleh belajaq. Pening aih." Penjelasan kepada syarat yang pertama adalah seseorang itu perlulah niat nak belajar untuk mendapatkan ilmu. Yang itu pun sudah dikira cerdik.

  Yang kedua, hirshin iaitu bersungguh-sungguh. Dua contoh yang menunjukkan kita bersungguh-sungguh adalah membuat persiapan. Sebelum kelas bermula, keluarkanlah buku siap-siap dengan perasaan tak sabar nak belajar. Contoh seterusnya adalah memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat dan kemas. Kita juga boleh memakai minyak wangi. Ada kajian yang telah membuktikan bahawa memakai minyak wangi boleh merangsang otak untuk mengingati sesuatu. Sebab itulah kita patut menjaga kebersihan kelas dan sentiasa berada dalam keadaan kemas.

  Yang ketiga, iaitu ishtibarin yang bererti kesabaran yang tinggi. Kita kalau nak belajar, kena mempunyai kesabaran yang tinggi. Susungguhnya tidak mudah untuk menuntut ilmu. Tidak wajarlah untuk kita berputus asa. Sebagai contoh ujian PT3, kita dah bersusah payah pergi tuisyen, beli buku rujukan mahal-mahal tetapi pada pertengahan tahun, disebabkan terlalu banyak tekanan dan pemikiran yang negatif, akhirnya berputus asa sambil berkata "Redho jela."

  Yang keempat, iaitu bulghotin yang bererti modal dan seumpamanya.  Kita perlukan modal untuk menuntut ilmu wahai pembaca sekalian. Modal disini membawa dua makna iaitu wang dan juga kesihatan. Wang di sini mungkin bermaksud untuk membeli buku rujukan dan sebagainya. Yang kedua pula kesihatan, apa gunanya kita empunya wang bertimbun-timbun namun kesihatan yang tidak baik. Contoh, pergi sekolah, masuk kelas dalam keadaan sakit, demam, selesema dan seumpamanya. Boleh ke ilmu yang disampaikan guru tersebut masuk? Oleh itu, jagalah kesihatan kita. Hargailah pemberian Ilahi ini.

  Yang kelima, iaitu irsyadi ustadzin yang membawa maksud petunjuk dari guru. Nak dapatkan ilmu ni wahai pembaca sekalian, perlulah petunjuk dari guru. Sebab itu, kita belajar adab dengan guru. Kawan kita yang ajar kita petang semalam cara nak main kriket, kita tak hormat dia, ada ilmu main kriket masuk? Tidak. Kalau kita buat semua keempat-empat perkara di atas, kita dah cerdik, dah bersungguh-sungguh, dah empunya kesabaran yang tinggi, dah empunya modal tetapi tidak mempunyai petunjuk, adakah kita akan berada di landasan yang benar. Sebagai contoh, nak pergi KL nak drive sendiri nak pi jumpa makwe. Kita dah bersungguh-sungguh, dah ada kereta(modal), dah ada lesen tetapi takda signboard kat tepi jalan. Sampai kah kita ke destinasi? Silap-silap drive sampai sempadan Thailand-Malaysia kita cakap sorang-sorang, "Aik. Mana KL nih? Sejak bila KL ada bahasa Thai ni?" haha tengok , tidak ada petunjuk macam itulah jadinya. Satu lagi, kalau kita belajar dari buku ataupun internet, kenapa masih tidak cukup? Sebab buku itu tidak hidup. Seorang guru, sesuatu yang hidup, yang dapat berkomunikasi dengan kita, boleh berdoa  kepada muridnya tetapi perbuatan ini tidak boleh dilakukan oleh buku. Nak tengok buku buka mulut pun tak boleh, sebab apa?  Mulut pun tak ada haha.

  Yang keenam dan yang terakhir pembaca-pembaca yang saya hormati, ialah thuli zamani yang bererti ilmu yang tidak tamat. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Bahkan baginda Rasulullah SAW ada bersabda tentang keluasan ilmu Allah yang tiada tandingannya dengan lautan walaupun berulang-ulang kali gandanya.  Sesungguhnya kekalkanlah berguru dan membaca walaupun kita sudah beruban, berumur. Terdapat satu kajian yang telah membuktikan pemikiran dapat mengelakkan penyakit alzheimer ataupun dalam bahasa kita disebut "nyanyuk".

  In Sha Allah itu sahaja perkongsian pada kali ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Jikalau terdapat sebarang kesalahan fakta dan penambahan, sila nyatakan di ruangan komen. In sha Allah akan terdapat banyak lagi perkongsian ilmu.

Link Nasyid 6 Syarat Orang Berilmu: www.youtube.com/watch?v=mF8IM_JWwJA

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
- Al-Asr [Ayat 1-3]

"Ilmu Panduan Hidup"
"Takkan Hilang Melayu Di Dunia"
Sekian, Terima Kasih